Provinsi Riau merupakan sebuah
provinsi di
Indonesia yang terletak di bahagian tengah Pulau
Sumatera, bersempadan dengan Provinsi
Sumatera Utara di sebelah utara, Provinsi
Sumatera Barat di sebelah barat, Provinsi
Jambi di sebelah selatan, Provinsi
Kepulauan Riau dan
Malaysia di sebelah timur.Bahasa Indonesia adalah berasal daripada bahasa Melayu Riau yang suatu ketika dulu menjadi bahasa
lingua franca.Provinsi Riau pada awalnya meliputi Kabupaten
Kepulauan Riau. Setelah
reformasi Indonesia (dengan kejatuhan
Suharto), Kabupaten Kepulauan Riau berdiri sendiri sebagai provinsi dengan nama Provinsi Kepulauan Riau berdasarkan Undang-undang
Republik Indonesia Nombor 25 tahun 2002.Riau merupakan salah satu provinsi yang terkaya di Indonesia. Provinsi ini kaya dengan sumber-sumber alam, terutama
petroleum,
gas asli,
getah, dan
kelapa sawit. Walau bagaimanapun penduduknya masih dalam keadaan miskin kerana semua hasil bumi diserahkan ke pemerintah pusat.Dengan adanya
autonomi daerah sekarang, pemerintah Riau masih berjuang agar pemerintah pusat memberi peratusan royalti petroleum yang lebih tinggi daripada sekarang.